Sunday, September 1, 2019

Apa itu Takaful? Apa beza Takaful dan Insurans konventional?

Apa itu Takaful?
"Takaful” ertinya suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta Takaful itu atau kepada penama pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu.

Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan.

Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.




Ok secara ringkasnya, Takaful ialah sumbangan sesama peserta, berkongsi suatu dana yang besar. Contohnya ada sebuah tabung, semua orang simpan duit dalam tabung tu. Tiba-tiba salah seorang dilanda musibah, sebahagian duit tu dikeluarkan dan diberi pada yang kena musibah tu. Dan setiap bulan semua yang menyertai Takaful terus menyumbang dalam tabung tu sebab masing-masing tak tahu bila dia dilanda musibah. Musibah tu kita tak boleh agak bila akan berlaku kan? Kata pepatah melayu pernah berkata yang malang tu tak berbau, kematian pulak suatu yang pasti berlaku, tak kira lambat atau cepat, kan? Sebab tu lah pentingnya kita semua menyumbang dalam tabung Takaful.

Jadi, dari segi teori dan konsep bantu membantu tersebut, setiap orang yang menyertai Takaful secara tak langsung telah menyumbang dalam kebajikan ahli Takaful yang lain. Setiap hari dapat pahala menolong satu sesama lain. Nampak tak kebaikan dan kelebihan Takaful?


Kenapa perlu ambil Takaful berbanding Insurans Konvensional?
Senang je konsep dia. Kalau ada yang ternyata Halal, kenapa nak ambil sumber yang tak pasti? Sebagai seorang Mukmin, wajib untuk kita utamakan yang Halal. Dari situ lah datangnya keberkatan.
Segala pelaburan dari Takaful dipantau oleh majlis syariah untuk mengekalkan kesucian pelaburan dari sumber yang Halal sahaja.

Contoh kalau kita nak beli sardin, mesti kita cari yang ada tanda halal. Kenapa? Sebab kita yakin yang sardin ada tanda halal tu dapat pengiktirafan Jakim, yang dah siasat dari mana datangnya sumber ikan, sumber sos sardin tu. Jakim dah sahkan yang sardin tin tu halal. Jadi kita boleh lah makan dengan tenang, tak perlu untuk kita siasat sendiri. Macam tu jugak dengan Takaful. Ada jabatan yang pantau.

Untuk insurans konvensional pula, company insurans tersebut bebas untuk laburkan duit anda di mana, kalau anda ambil insurans tersebut. Sebab tak ada jawatankuasa syariah yang pantau pelaburan syarikat. Kalau syarikat labur dekat pelaburan judi, atau arak, dividen atau pampasan yang kita dapat pun dari sumber yang haram.

Boleh bayangkan tak kalau 1 hari nanti pemegang polisi insurans meninggal, duit pampasan akan diberikan kepada waris. Dan duit pampasan dari sumber yang tak pasti atau dari sumber yang tak patuh syariah. Ok ke macam tu? Tak patut kan?


Bagaimana kalau dah terbeli polisi insurans konvensional?
Kalau dah terambil insurans konvensional, anda boleh beralih kepada polisi Takaful. Tidak menjadi kesalahan pun untuk beralih ke polisi Takaful.. Malah lagi elok macam tu. Utamakan yang patuh syariah. Kalau ada yang confirm Halal, kenapa ambil yang tak pasti?

No comments:

Post a Comment

Promosi hibah takaful murah

Anda masih lagi tercari cari pelan Hibah yang budget rendah dan boleh beri nilai pampasan yg tinggi? Inilah masanya... Promosi y...