Sunday, September 1, 2019

Apa faktor yang mesti anda pertimbangkan sebelum apply medical card atau menyertai Takaful?

Penyertaan dalam pelan Takaful keluarga adalah komitmen jangka panjang. Ianya amat penting untuk anda menilai apa yang anda perlukan dan apa yang anda mampu bayar. Antara faktor yang perlu anda pertimbangkan termasuklah:
Keperluan Anda 
Pilihan yang anda buat untuk pelan jangka panjang mestilah berdasarkan hasil analisa keperluan anda sendiri. Anda perlu menyediakan penyata semua aset dan liabiliti, matlamat masa depan, dsb. dan tumpukan kepada jumlah yang anda ingin dilindungi.
Obligasi Risiko Anda 
Walaupun semua pelan Takaful keluarga melindungi kematian, ada pelan yang melindungi risiko spesifik, sebagai contoh, tahap awal penyakit kritikal, kematian akibat kemalangan, dan hilang upaya separa. Liabiliti seperti hutang dan pembiayaan perlu dibayar dalam suatu tempoh. Oleh itu, tempoh sijil anda seharusnya merangkumi jangka masa ini. Sebagai contoh, jika pembiayaan rumah anda memerlukan 15 tahun untuk diselesaikan, maka tempoh perlindungan seharusnya berterusan sekurang-kurangnya 15 tahun
Tanggungan dan Komitmen Anda
Jika tanggungan anda masih mempunyai beberapa tahun sebelum mampu berdikari secara kewangan, tempoh tersebut boleh menjadi tempoh perlindungan anda. Peristiwa penting seperti perkahwinan atau kerjaya tetap seharusnya berada dalam tempoh tersebut untuk membolehkan keluarga anda menguruskan sebarang ketidakpastian kewangan.
Matlamat Kewangan Anda
Ia boleh menjadi matlamat spesifik seperti peruntukan pusaka untuk anak anda atau menjelaskan gadai janji anda. Matlamat ini seharusnya mempunyai tempoh masa yang tetap.
Tahap Perlindungan Yang Anda Mahu 
Secara amnya ia adalah berdasarkan beberapa faktor, antaranya:
  • Berapa ramai tanggungan anda (cth: ibu bapa pesara, pasangan, anak)
  • Baki obligasi kewangan jangka panjang anda (cth: pembiayaan rumah, dana pendidikan)
  • Gaya hidup/standard kehidupan semasa anda
  • Simpanan dan aset pelaburan semasa anda
  • Unjuran kos perbelanjaan di masa depan berdasarkan penilaian matawang dan inflasi (cth: ijazah pendidikan di universiti swasta hari ini boleh meningkat 50% lebih tinggi di masa depan)
Kemampuan Bajet Anda 
Ia adalah amaun yang boleh anda ketepikan untuk Takaful keluarga selepas ditolak perbelanjaan, komitmen dan simpanan. Pelan Takaful bertempoh, yang melindungi untuk sejumlah tahun, seperti Pelan Lindungi kami, biasanya adalah alternatif yang lebih murah untuk individu yang baru melangkah ke alam dewasa dengan bajet yang ketat. Walaupun anda ingin mengekalkan gaya hidup semasa orang yang tersayang, anda tidak perlu meletakkan sasaran untuk menyediakannya jika anda mendapati sumbangan yang diperlukan melebihi bajet anda. Jika anda tidak dapat meneruskan pembayaran sumbangan apabila tiba masanya, sijil Takaful anda boleh luput atau ditamatkan.


Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai medikal kad atau hibah, sy boleh beri consultation dengan percuma. Kalau anda berdekatan dengan Muar, Melaka, Batu Pahat, atau Seremban boleh set appoinment untuk penerangan yang detail. Hubungi saya di 012 2555 994 atau whatsapp www.wasap.my/60122555994/pmtakaful 

No comments:

Post a Comment

Promosi hibah takaful murah

Anda masih lagi tercari cari pelan Hibah yang budget rendah dan boleh beri nilai pampasan yg tinggi? Inilah masanya... Promosi y...