Sunday, September 15, 2019

Investment atau Protection?


PRU WARISAN PLUS
Pelan hibah terbaik di pasaran dari PruBSN Takaful.
Satu-satunya produk yang menyediakan pampasan yang tinggi, sehingga RM250,000 pampasan dan Cash Value yang tinggi (saving).

Dengan minimum premium bulanan serendah RM100, anda boleh dapat manfaat pampasan kematian sebanyak RM250,000 dan pampasan sakit kritikal sebanyak RM50,000.

Sekiranya anda bercadang untuk melabur di mana-mana unit amanah atau bercadang untuk menyimpan di bank atau mana-mana tempat yang menjanjikan pulangan dividen, anda harus berfikir tentang 1 perkara.
Sekiranya anda disahkan cacat kekal atau sakit kritikal yang menyebabkan anda tidak boleh bekerja, wang simpanan atau pelaburan anda tidak akan digandakan. Anda hanya akan mendapat nilai yang terkini. Tetapi dengan pelan PruWarisan Plus dari PruBSN, anda akan mendapat pampasan yang tinggi. Sekiranya sihat, anda akan mendapat pulangan (saving). 

Tetapi anda harus ingat, setiap yang hidup pasti akan mati. Jadi, dengan pelan Pru Warisan Plus ini, anda tidak perlu risau tentang harta atau hutang selepas ketiadaan anda. Kerana anda bakal wariskan keluarga anda dengan kesenangan.

Jika anda berada berdekatan Muar, Batu Pahat, Seremban, atau Melaka, bila-bila masa yang sesuai saya boleh terangkan face to face untuk lebih pemahaman. Jika anda dari lokasi yang lain, boleh set appoinment untuk keterangan lanjut.

Hasbullah
012 2555 994
Full Time Takaful Consultant
Al-Isra' Associates
PruBSN Takaful Berhad
https://www.wasap.my/60122555994


Monday, September 2, 2019

Produk Medikal Kad PruBSN Takaful - ANUGERAH PLUS


Adakah anda mencari medikal kad mampu milik? Dengan plan anugerah+ anda boleh dapat medikal kad yg sangat murah dan coverage medical unlimited per lifetime. Plan ni memang sangat hebat. Kalau anda tidak pentingkan cash value dan hanya nak protection yang tinggi, plan ni terbaik untuk anda.
Cash value atau simpanan untuk pelan ni tak tinggi macam pelan investment link yang lain. Sebab tu harganya lebih murah. Tapi protection yang pelan ni tawarkan mmg tinggi, sangat berbaloi.

Ni detail sikit mengenai Pelan Anugerah+


Untuk perlindungan yang maximum dan contribution bulanan yang minimum, biasanya saya akan suggest client untuk ambil Pelan200. Dengna pelan200, anda akan dapat yearly medikal limit sebanyak RM200,000, extra medical limit RM200,000 jika terkena cancer/masalah jantung/masalah buah pinggang. Lifetime limit pula unlimited. Anda juga layak untuk dapat bilik rawatan berharga RM200 sehari yang mana di sesetengah hospital swasta, anda layak untuk mendapatkan single bedded room.

Setiap individu punya contribution takaful bulanan adalah berbeza mengikut jantina, umur, status merokok dan pekerjaan. Dan quotation mesti dikira dan ditentukan menggunakan sistem mobility PruBSN yang mana sistem tu boleh diakses oleh agent yang dilantik oleh PruBSN dan Bank Negara. Penting untuk anda berbincang dengan agent anda terlebih dahulu mengenai situasi anda, risiko, family, dan budget anda supaya agent anda dapat menentukan pelan yang paling sesuai untuk anda.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Takaful Pelan Anugerah+ atau Quotation, anda boleh whatsapp saya di no 012 2555 994 atau boleh set appoinment jika anda tinggal berdekatan Muar, Melaka, Batu Pahat, atau Seremban. Terima Kasih.

Sunday, September 1, 2019

Apa faktor yang mesti anda pertimbangkan sebelum apply medical card atau menyertai Takaful?

Penyertaan dalam pelan Takaful keluarga adalah komitmen jangka panjang. Ianya amat penting untuk anda menilai apa yang anda perlukan dan apa yang anda mampu bayar. Antara faktor yang perlu anda pertimbangkan termasuklah:
Keperluan Anda 
Pilihan yang anda buat untuk pelan jangka panjang mestilah berdasarkan hasil analisa keperluan anda sendiri. Anda perlu menyediakan penyata semua aset dan liabiliti, matlamat masa depan, dsb. dan tumpukan kepada jumlah yang anda ingin dilindungi.
Obligasi Risiko Anda 
Walaupun semua pelan Takaful keluarga melindungi kematian, ada pelan yang melindungi risiko spesifik, sebagai contoh, tahap awal penyakit kritikal, kematian akibat kemalangan, dan hilang upaya separa. Liabiliti seperti hutang dan pembiayaan perlu dibayar dalam suatu tempoh. Oleh itu, tempoh sijil anda seharusnya merangkumi jangka masa ini. Sebagai contoh, jika pembiayaan rumah anda memerlukan 15 tahun untuk diselesaikan, maka tempoh perlindungan seharusnya berterusan sekurang-kurangnya 15 tahun
Tanggungan dan Komitmen Anda
Jika tanggungan anda masih mempunyai beberapa tahun sebelum mampu berdikari secara kewangan, tempoh tersebut boleh menjadi tempoh perlindungan anda. Peristiwa penting seperti perkahwinan atau kerjaya tetap seharusnya berada dalam tempoh tersebut untuk membolehkan keluarga anda menguruskan sebarang ketidakpastian kewangan.
Matlamat Kewangan Anda
Ia boleh menjadi matlamat spesifik seperti peruntukan pusaka untuk anak anda atau menjelaskan gadai janji anda. Matlamat ini seharusnya mempunyai tempoh masa yang tetap.
Tahap Perlindungan Yang Anda Mahu 
Secara amnya ia adalah berdasarkan beberapa faktor, antaranya:
  • Berapa ramai tanggungan anda (cth: ibu bapa pesara, pasangan, anak)
  • Baki obligasi kewangan jangka panjang anda (cth: pembiayaan rumah, dana pendidikan)
  • Gaya hidup/standard kehidupan semasa anda
  • Simpanan dan aset pelaburan semasa anda
  • Unjuran kos perbelanjaan di masa depan berdasarkan penilaian matawang dan inflasi (cth: ijazah pendidikan di universiti swasta hari ini boleh meningkat 50% lebih tinggi di masa depan)
Kemampuan Bajet Anda 
Ia adalah amaun yang boleh anda ketepikan untuk Takaful keluarga selepas ditolak perbelanjaan, komitmen dan simpanan. Pelan Takaful bertempoh, yang melindungi untuk sejumlah tahun, seperti Pelan Lindungi kami, biasanya adalah alternatif yang lebih murah untuk individu yang baru melangkah ke alam dewasa dengan bajet yang ketat. Walaupun anda ingin mengekalkan gaya hidup semasa orang yang tersayang, anda tidak perlu meletakkan sasaran untuk menyediakannya jika anda mendapati sumbangan yang diperlukan melebihi bajet anda. Jika anda tidak dapat meneruskan pembayaran sumbangan apabila tiba masanya, sijil Takaful anda boleh luput atau ditamatkan.


Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai medikal kad atau hibah, sy boleh beri consultation dengan percuma. Kalau anda berdekatan dengan Muar, Melaka, Batu Pahat, atau Seremban boleh set appoinment untuk penerangan yang detail. Hubungi saya di 012 2555 994 atau whatsapp www.wasap.my/60122555994/pmtakaful 

Apa itu Takaful? Apa beza Takaful dan Insurans konventional?

Apa itu Takaful?
"Takaful” ertinya suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta Takaful itu atau kepada penama pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu.

Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan.

Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.




Ok secara ringkasnya, Takaful ialah sumbangan sesama peserta, berkongsi suatu dana yang besar. Contohnya ada sebuah tabung, semua orang simpan duit dalam tabung tu. Tiba-tiba salah seorang dilanda musibah, sebahagian duit tu dikeluarkan dan diberi pada yang kena musibah tu. Dan setiap bulan semua yang menyertai Takaful terus menyumbang dalam tabung tu sebab masing-masing tak tahu bila dia dilanda musibah. Musibah tu kita tak boleh agak bila akan berlaku kan? Kata pepatah melayu pernah berkata yang malang tu tak berbau, kematian pulak suatu yang pasti berlaku, tak kira lambat atau cepat, kan? Sebab tu lah pentingnya kita semua menyumbang dalam tabung Takaful.

Jadi, dari segi teori dan konsep bantu membantu tersebut, setiap orang yang menyertai Takaful secara tak langsung telah menyumbang dalam kebajikan ahli Takaful yang lain. Setiap hari dapat pahala menolong satu sesama lain. Nampak tak kebaikan dan kelebihan Takaful?


Kenapa perlu ambil Takaful berbanding Insurans Konvensional?
Senang je konsep dia. Kalau ada yang ternyata Halal, kenapa nak ambil sumber yang tak pasti? Sebagai seorang Mukmin, wajib untuk kita utamakan yang Halal. Dari situ lah datangnya keberkatan.
Segala pelaburan dari Takaful dipantau oleh majlis syariah untuk mengekalkan kesucian pelaburan dari sumber yang Halal sahaja.

Contoh kalau kita nak beli sardin, mesti kita cari yang ada tanda halal. Kenapa? Sebab kita yakin yang sardin ada tanda halal tu dapat pengiktirafan Jakim, yang dah siasat dari mana datangnya sumber ikan, sumber sos sardin tu. Jakim dah sahkan yang sardin tin tu halal. Jadi kita boleh lah makan dengan tenang, tak perlu untuk kita siasat sendiri. Macam tu jugak dengan Takaful. Ada jabatan yang pantau.

Untuk insurans konvensional pula, company insurans tersebut bebas untuk laburkan duit anda di mana, kalau anda ambil insurans tersebut. Sebab tak ada jawatankuasa syariah yang pantau pelaburan syarikat. Kalau syarikat labur dekat pelaburan judi, atau arak, dividen atau pampasan yang kita dapat pun dari sumber yang haram.

Boleh bayangkan tak kalau 1 hari nanti pemegang polisi insurans meninggal, duit pampasan akan diberikan kepada waris. Dan duit pampasan dari sumber yang tak pasti atau dari sumber yang tak patuh syariah. Ok ke macam tu? Tak patut kan?


Bagaimana kalau dah terbeli polisi insurans konvensional?
Kalau dah terambil insurans konvensional, anda boleh beralih kepada polisi Takaful. Tidak menjadi kesalahan pun untuk beralih ke polisi Takaful.. Malah lagi elok macam tu. Utamakan yang patuh syariah. Kalau ada yang confirm Halal, kenapa ambil yang tak pasti?

Promosi hibah takaful murah

Anda masih lagi tercari cari pelan Hibah yang budget rendah dan boleh beri nilai pampasan yg tinggi? Inilah masanya... Promosi y...